Atlet angkat berat negara, Erry Hidayat, sudah bersedia membuat penampilan terakhir dalam Sukan Malaysia (Sukma) MSN.

Bagaimanapun, dalam edisi ke-20 ini Erry mengambil cabaran baru apabila bakal beraksi dalam kategori 80 kilogram (kg) dengan harapan dapat memperbaharui rekod.

"Saya hanya menjalani latihan seperti biasa sebaik habis Sukan Komanwel Birmingham, bulan lalu.




"Sasaran sebenarnya saya mahu memecahkan rekod clean and jerk B-73kg (316kg) tetapi atas permintaan daripada Wilayah Persekutuan, saya bertanding dalam B- 81kg.

"Jadi saya akan cuba yang terbaik untuk pecahkan rekod.

"Kalau sekolah dulu berdebar jugalah rasa macam main temasya tapi sekarang kami anggap macam Terbuka Malaysia.

"Tapi sekarang fokus sebenar kami adalah di peringkat antarabangsa, jadi fokus kami lebih terarah kepada atlet-atlet di luar negara," katanya.