Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 hari ini membuat keputusan acara sukan angkat berat ditunda sehari ke esok.

Penangguhan itu diumumkan oleh pihak Jawatankuasa Media dan Publisiti Sukma MSN 2022, sebentar tadi.

Keputusan penangguhan itu dibuat setelah mendapat persetujuan daripada kesemua wakil Majlis Sukan Negeri (MSN) dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah MSN yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Sukma MSN 2022, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Bagaimanapun, pihak Jawatankuasa Media dan Publisiti Sukma MSN 2022 bakal mengeluarkan kenyataan media berhubung penangguhan acara sukan angkat berat itu.

Kredit: Sinar Harian