Skuad badminton Malaysia tidak mengalami sebarang masalah ketika membuka acara masing-masing dalam Sukan Komanwel Birmingham, awal pagi tadi.
Selepas memenangi acara berpasukan campuran, kebanyakan pemain Malaysia memulakan kempen individu mereka awal pagi tadi yang menyaksikan mereka lolos ke pusingan 32.
Dalam bahagian beregu wanita, hanya Lai Pei Jing-Cheah Yee See beraksi apabila mudah menumpaskan Sabrina Charllene Scott-Tamisha Janelle Williams dari Barbados 21-5, 21-6.
Pei Jing akan meneruskan tugasnya dalam beregu campuran hari ini apabila bergandingan di samping Tan Kian Meng ketika menewaskan wakil Mauritius, Tejraj Pultoo-Ganesha Mungrah, 21-5, 21-8.
Begitu juga Yee See yang bergandingan dengan Chan Peng Soon untuk menewaskan Andy Kwek-Jin Yujia dari Singapura 21-8, 21-13.
Di bahagian perseorangan, Ng Tze Yong melanjutkan kemenangan peribadinya di Birmingham kepada tujuh perlawanan dengan menewaskan pemain Pakistan, Irfan Bahtti, 21-10 21-9.
Kemenangan paling memberangsangkan kontinjen Malaysia hari ini adalah menerusi perseorangan wanita, Goh Jin Wei, ketika menentang pemain Ghana, Cindy Tornyenyor.
Pemain berusia 22 tahun itu sekadar membenarkan lawannya memungut empat mata dalam dua set ketika 21-3, 21-1.
Chan Peng Soon-Tan Kian Meng juga melepasi halangan gandingan Mauritius, Aatish Lubah-Julien Paul, apabila menang 21-12, 21-11.
Shaiful Shamsudin
Fri Aug 05 2022


Pemain-jurulatih perlu ada persefahaman -- kata Hendrawan dalam misi gilap potensi Ng Tze Yong
Pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham bagi perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mungkin jawapan kepada pencarian selama 13 tahun Hendrawan di Malaysia.

Kejohanan Badminton Dunia: Aaron mahu tamat badi separuh akhir di Tokyo
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia mahu menjadikan Tokyo Metropolitan Gymnasium sebagai venue yang menamatkan badi separuh akhir di Kejohanan Badminton Dunia 2022.

Kejohanan Dunia: Liew Daren bakal bertemu Axelsen di pusingan pertama
Undian Kejohanan Badminton Dunia 2022 berlangsung hari ini menyaksikan Liew Daren diberi tugas berat berdepan wakil Denmark, Viktor Axelsen.

Sukan Komanwel Birmingham: Pearly-Thinaah tutup kempen Malaysia dengan kilauan emas
Pearly Tan dan M. Thinaah menutup kempen kontinjen Malaysia dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan kilauan pingat emas selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith, dalam final acara beregu wanita di Dewan NEC 5 sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Ng Tze Yong pamer aksi terpuji walau berakhir dengan pingat perak
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mempamerkan aksi terpuji sebelum tewas kepada pemain nombor 10 dunia dari India, Lakhsya Sen, dalam final acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel Birmingham 2020 di Dewan NEC 5 sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Skuad badminton sumbang dua lagi pingat gangsa
Skuad badminton negara menyumbang dua lagi pingat gangsa dalam Sukan Komanwel Birmingham awal pagi tadi.

Sukan Komanwel: Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, membawa cabaran ke final apabila menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Tze Yong bangkit tumbangkan Kidambi untuk ke final
Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, mara ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan jaguh India, Srikanth Kidambi, di Dewan NEC 5 sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Kian Meng-Pei Jing kandas dalam separuh akhir
Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, terlepas slot ke final Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas tewas kepada pasangan Singapura, Terry Hee-Jesicca Tan, dalam aksi separuh akhir di Dewan NEC 5 sebentar tadi.

Sukan Komanwel: Tumbangkan juara dunia, Tze Yong mara ke separuh akhir
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, melakar kejutan apabila menyingkirkan juara dunia 2021, Loh Kean Yew, sekaligus melangkah ke final Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

FA dakwa Tuchel, Conte selepas ketegangan 'Derby London'
Thomas Tuchel dan Antonio Conte didakwa oleh Persatuan Bolasepak England (FA) berikutan ketegangan di antara kedua-dua pengurus itu ketika Chelsea dan Tottenham terikat 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Gol berganda Morata pastikan kemenangan pertama Atletico Madrid
Alvaro Morata menjaringkan gol berganda untuk Atletico Madrid memulakan kempen baru LaLiga dengan kemenangan 3-0 ke atas Getafe di Coliseum Alfonso Perez awal pagi tadi.

Di Maria, Vlahovic pacu kemenangan Juventus ke atas Sassuolo
Dusan Vlahovic menjaringkan gol berganda untuk membantu Juventus meraih kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo dalam perlawanan pembukaan Serie A mereka musim ini awal pagi tadi.

Diaz muncul penyelamat Liverpool ikat Crystal Palace
Satu malam yang berbeza buat dua pemain Liverpool dari Amerika Selatan apabila Darwin Nunez dilayangkan kad merah dalam penampilan pertamanya di laman sendiri manakala Luis Diaz pula menjaringkan gol gemilang untuk mengikat Crystal Palace 1-1 awal pagi tadi.

United menakutkan tapi bukan buat lawan
Namanya kini terpahat selaku pengurus pertama Manchester United yang tewas dua perlawanan pertama berturut-turut dalam satu abad, sehinggakan pasukannya berada di tangga tercorot liga.

Nidzam tekad buru kemenangan ke atas Terengganu FC
'Dia bukan kawan baik saya', itu seloroh jurulatih interim Selangor FC, Nidzam Jamil terhadap pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, apabila kedua-dua pasukan bertembung untuk aksi Liga Super Rabu ini.

Ski Air Asia: Aaliyah Yoong peroleh empat pingat emas
Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, yang berjaya mempertahankan gelarannya dengan menyapu bersih empat pingat emas di Kejohanan Ski Air Asia di Korea Selatan.

Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia: Pihak penganjur beri jaminan keselamatan peserta
Persatuan Muay Thai Malaysia yakin dan memberikan jaminan bahawa segala persiapan daripada segi keselamatan yang disediakan di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia adalah lengkap.

ISG: Skuad recurve negara langkah kanan
Skuad memanah recurve negara memulakan saingan kalah mati dengan langkah kanan menerusi kemenangan buat ketiga-tiga wakil perseorangan lelaki saingan Sukan Solidariti Islam (ISG), hari ini.

Piala Tun Ali: Kuala Lumpur peroleh kemenangan pertama
Kuala Lumpur mempamerkan taring di hari pertama cabaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali selepas merekodkan kemenangan sebentar tadi.