Gandingan Ho Ying-Karen Lyne terus menjadi taruhan kontinjen negara bagi mempertahankan pingat gangsa Sukan Komanwel 2018.

14 hari menuju ke temasya di Birmingham, atlet ping pong berusia 27 tahun itu nyata gembira apabila persiapan berjalan lancar seperti dirancangkan.

Untuk rekod, Sukan Komanwel Birmingham bakal menjadi penampilan ketiga Ho Ying selepas edisi 2014 dan 2018.

"Sebelum Sukan Komanwel, kami telah menyertai beberapa kejohanan. Kami beraksi agak baik dalam Sukan SEA Hanoi yang menjadi pertandingan sulung persiapan kami," kata Hoo Ying.

Bagi atlet berusia 27 tahun itu lagi, mereka masih perlu memperbaiki beberapa kelemahan khususnya persefahaman di antara mereka.

"Kami perlu perbaiki komunikasi di antara kami selain membincangkan keperluan strategi menghadapi jadual padat kelak," katanya lagi.