Wira powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, berbangga apabila menepati ramalan memenangi pingat emas pertamanya di pentas Sukan Komanwel Birmingham dengan memecahkan rekod temasya itu awal pagi tadi.
Bonnie Bunyau melakukan angkatan seberat 210 kilogram dalam percubaan pertamanya, sekali gus memecahkan rekod baru temasya.
Dia kemudian memperbaiki catatan itu dengan angkatan seberat 216 dan 220 kilogram, masing-masing dalam percubaan kedua dan ketiga untuk sah bergelar pemenang pingat emas.
Juara dunia dua kali berusia 23 tahun itu, ketika ditemu bual Astro Arena, mengakui teruja memenangi pingat emas pertamanya dalam temasya berkenan, terutama dengan memecahkan rekod baru Sukan Komanwel meskipun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
"Dulu sewaktu (di Gold Coast) 2018, saya menduduki ranking keempat dan ia merupakan Sukan Komanwel pertama saya.
"Kali ini saya dapat melakukan penampilan terbaik di Birmingham untuk memecahkan rekod Sukan Komanwel sebanyak tiga kali.
"Sebenarnya kami tidak menjangkakan untuk memecahkan rekod Sukan Komanwel dalam angkatan pertama tetapi ia lebih kepada percaturan untuk menyalamatkan mata kami, jadi ia memberikan mata terbaik.
"Kemenangan kali ini membuatkan saya amat gembira kerana saya masih ada kecederaan yang perlu saya tahan, jadi kemampuan saya adalah pada berat 220 kilogram.
"Saya masih rasa kesakitan di bahu yang membuatkan saya tidak selesa.
"Pingat emas Sukan Komanwel ini semakin melengkapkan koleksi saya kerana kini saya hanya tiada pingat emas Sukan Para ASEAN," katanya.
Muzaffar Musa
Fri Aug 05 2022


Sukan Komanwel Birmingham: Bonnie Bunyau bangga menang emas pertama, pecah rekod temasya
Wira powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, berbangga apabila menepati ramalan memenangi pingat emas pertamanya di pentas Sukan Komanwel Birmingham dengan memecahkan rekod temasya itu awal pagi tadi.

Paralimpik Tokyo 2020: Jong Yee Khie perlu capai angkatan terbaik musim ini
Skuad powerlifting negara kembali menjadi tumpuan selepas kejayaan Bonnie Bunyau Gustin meraih pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, kini giliran Jong Yee Khie pula membuktikan kewibawaannya dalam acara 107kg di pentas tertinggi dunia itu esok.

Paralimpik Tokyo 2020: Hadiah manis Hari Merdeka -- Bonnie Bunyau
Selepas bergelar juara dunia Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu, Bonnie Gustin Bunyau, gembira menepati ramalan dengan memastikan lagu Negaraku berkumandang dalam Sukan Paralimpik 2020 buat kali pertama di Tokyo, hari ini.

Paralimpik Tokyo 2020: Bonnie Bunyau realisasi impian bapanya bekas atlet powerlifting
Kejayaan Bonnie Bunyau Gustin merangkul pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini, secara tidak langsung meneruskan hasrat bapanya, Gustin Jenang, yang tidak kesampaian apabila bergelar atlet powerlifting suatu ketika dahulu.

Sukan Paralimpik Tokyo: Yee Khie bebas tekanan tanpa jadi sandaran pingat emas
Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie, berpendapat ketiadaan namanya dalam senarai sandaran pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini sebagai sesuatu yang baik dan membuatkannya bebas daripada sebarang tekanan.

Sukan Paralimpik: MPM tidak terburu-buru letak beban tinggi buat Bonnie, Yee Khie
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyambut baik kejayaan Bonnie Bunyau Gustin dan Yee Khie yang menempah slot ke Sukan Paralimpik Tokyo tetapi mengelak daripada meletakkan beban tinggi.

Powerlifting Piala Dunia: Angkatan rekod dunia Bonnie Bunyau
Atlet negara, Bonnie Bunyau Gustin, cemerlang apabila memecah rekod dunia kategori lebih 72kg dalam Kejohanan Powerlifting Piala Dunia Edisi Ke-11.

Anugerah SAM: Azizulhasni, Bonnie rangkul anugerah atlet terbaik
Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, dan atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, masing-masing dinobatkan sebagai atlet terbaik dan atlet para terbaik dalam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2019 di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Jamil harap jasa baik MOM
Jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam, berharap agar Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mampu mempertimbangkan permintaannya untuk membawa seorang penolong ke Sukan Para Komanwel Gold Coast, April depan bagi menguruskan persiapan atlet di sana.

Diaz muncul penyelamat Liverpool ikat Crystal Palace
Satu malam yang berbeza buat dua pemain Liverpool dari Amerika Selatan apabila Darwin Nunez dilayangkan kad merah dalam penampilan pertamanya di laman sendiri manakala Luis Diaz pula menjaringkan gol gemilang untuk mengikat Crystal Palace 1-1 awal pagi tadi.

United menakutkan tapi bukan buat lawan
Namanya kini terpahat selaku pengurus pertama Manchester United yang tewas dua perlawanan pertama berturut-turut dalam satu abad, sehinggakan pasukannya berada di tangga tercorot liga.

Nidzam tekad buru kemenangan ke atas Terengganu FC
'Dia bukan kawan baik saya', itu seloroh jurulatih interim Selangor FC, Nidzam Jamil terhadap pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, apabila kedua-dua pasukan bertembung untuk aksi Liga Super Rabu ini.

Ski Air Asia: Aaliyah Yoong peroleh empat pingat emas
Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, yang berjaya mempertahankan gelarannya dengan menyapu bersih empat pingat emas di Kejohanan Ski Air Asia di Korea Selatan.

Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia: Pihak penganjur beri jaminan keselamatan peserta
Persatuan Muay Thai Malaysia yakin dan memberikan jaminan bahawa segala persiapan daripada segi keselamatan yang disediakan di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia adalah lengkap.

ISG: Skuad recurve negara langkah kanan
Skuad memanah recurve negara memulakan saingan kalah mati dengan langkah kanan menerusi kemenangan buat ketiga-tiga wakil perseorangan lelaki saingan Sukan Solidariti Islam (ISG), hari ini.

Piala Tun Ali: Kuala Lumpur peroleh kemenangan pertama
Kuala Lumpur mempamerkan taring di hari pertama cabaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali selepas merekodkan kemenangan sebentar tadi.

OCA tekad bangunkan sukan terjun di rantau Asia Tenggara
Skuad terjun negara berdepan cabaran untuk mempertahankan dominasi rantau ini apabila Persekutuan Sukan Asia serius membangunkan bakat muda Asia Tenggara.

ISG: Skuad gimrama negara peroleh pengajaran berguna di Konya
Barisan muda skuad gimrama negara memperoleh pengajaran berguna di Konya,Turkiye selepas kesalahan di awal persembahan aparatus gelung, riben dan bola, sekaligus menyaksikan mereka terlepas pingat gangsa dalam saingan Sukan Solidariti Islam (ISG).

Masa tambahan selamatkan Spurs
Ketika peminat-peminat Chelsea mula mengukir senyuman setelah Recce James berjaya melakukan jaringan kedua Chelsea untuk meneruskan tradisi kemenangan The Blues ke atas Tottenham Hotspur semenjak beberapa musim lalu, namun itu tidak menjadi kenyataan.