Ammar Hakim
Tue Dec 06 2022

Cristiano Ronaldo berisiko untuk membawa kariernya ke penghujung yang tidak menyenangkan selepas mempamerkan sikap petualang dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut bekas rakan sepasukannya di Manchester United, Gary Neville.
Ronaldo digugurkan Portugal menjelang perlawanan pusingan 16 Piala Dunia menentang Switzerland awal pagi tadi, menyebabkan jurulatih Fernando Santos tidak berpuas hati dengan reaksinya untuk digantikan dalam kekalahan peringkat kumpulan kepada Korea Selatan.
Portugal tidak menderita dalam ketiadaan penyerang itu apabila penggantinya, Goncalo Ramos menjaringkan hatrik cemerlang ketika menewaskan Switzerland 6-1, sekali gus menyambung pertemuan suku akhir dengan Maghribi.
Ronaldo telah menimbulkan kontroversi pada beberapa kali musim ini, dengan tempoh pergolakan keduanya di United ditamatkan dengan persetujuan bersama bulan lalu selepas dia berkata kelab itu telah 'mengkhianati'nya dalam temu bual dengan Piers Morgan.
Bercakap kepada ITV menjelang perlawanan Portugal, Neville memberikan sedikit simpati terhadap situasi Ronaldo, berkata dia mesti menerima penghujung kariernya semakin hampir.
"Pengurus ini (Fernando Santos) yang mempunyai hubungan yang menakjubkan dengan Cristiano Ronaldo selama lapan tahun," kata Neville.
“Terdapat ramai peminat Cristiano Ronaldo yang tidak bersedia untuk memberitahu perkara sebenar kepadanya dan saya fikir Ronaldo perlu mendengar kebenaran.
"Ia kelihatan bakal menjadi penamat yang mengecewakan. Marah, memberikan reaksi negatif, merajuk... ia mesti dihentikan kerana ia tidak mencerminkan dirinya sama sekali.
"Legasi jangka panjangnya sudah ditetapkan, dia adalah salah seorang pemain hebat sepanjang zaman, tetapi dalam jangka pendek, dia perlu melakukan lebih baik kerana... adakah pengurus Juventus salah? Adakah pengurus Manchester United salah? Dan kini adakah pengurus Portugal salah? Terdapat tiga daripada mereka yang kini telah melakukan perkara yang sama dengannya.
"Anda meninggalkan perlawanan lebih awal seperti yang anda lakukan di United dua kali, tidak berpuas hati apabila dikeluarkan [menentang Korea Selatan]. Ia akan sampai ke tahap di mana dia tidak menerima penghujung kariernya sudah tiba."
Ronaldo -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Profesional Saudi Al Nassr sejak beberapa hari kebelakangan ini -- diperkenalkan sebagai pemain gantian pada minit ke-73 dengan Portugal sudah mendahului 5-1.
Walaupun Neville percaya usaha Ronaldo untuk menjadi yang terbaik memberinya perkhidmatan yang baik pada masa lalu, dia berkata pemenang Ballon d'Or lima kali itu kini mesti menerima peranan yang lebih terhad.
"Fokus secara individunya adalah salah satu kekuatan terbesarnya sejak 10 atau 15 tahun lalu," tambah Neville.
“Keazamannya untuk menjadi antara yang terbaik dunia, untuk menjaringkan gol terbanyak, untuk memecahkan semua rekod, bertarung dengan [Lionel] Messi.
"Tetapi tiba satu saat di mana anda masih perlu memikirkan tentang kolektif dan itu adalah rakan sepasukan anda di bilik persalinan."

EPL: Rice lebih bagus daripada Casemiro, kata Trippier
Declan rice merupakan pemain yang lebih bagus berbanding Casemiro atau Thomas Partey, kata rakan sepasukannya dalam skuad England, Kieran Trippier.

UEL: Barcelona sahkan Busquets terseliuh buku lali menjelang aksi lawan Manchester United
Kapten Barcelona, Sergio Busquets, berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan menjelang perlawanan Liga Europa (UEL) menentang Manchester United minggu depan selepas pendahulu LaLiga itu mengesahkan pemain berkenaan terseliuh buku lali ketika menentang Sevilla.

David de Gea yakin karier di Manchester United berkesudahan manis
David de Gea yakin rundingan kontrak barunya dengan Manchester United yang masih lagi belum mencapai kata sepakat akan berakhir dengan cara yang baik.

Ten Hag anggap kelemahan mutu pengadilan punca kad merah Casemiro
Erik ten Hag mengakui bahawa Casemiro telah melampau batas hingga mengundangnya dibuang padang ketika Manchester United menang 2-1 ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

EPL: Manchester United jalankan proses dalaman tentukan masa depan Greenwood
Manchester United akan menjalankan proses dalaman sebelum menentukan langkah seterusnya selepas kesemua pertuduhan terhadap Mason Greenwood digugurkan.

Varane ikut jejak Benzema, Lloris bersara daripada skuad Perancis
Raphael Varane mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa dengan berkata sudah sampai waktunya untuk generasi baru mengambil alih skuad kebangsaan Perancis.

EPL: Mason Greenwood dibebaskan daripada kesemua pertuduhan
Prosiding jenayah terhadap penyerang Manchester United, Mason Greenwood, kini dihentikan, demikian disahkan Crown Prosection Service (CPS).

Piala EFL: Martial kembali dengan jaringan, Manchester United mudah ke Wembley
Anthony Martial menandakan kepulangannya daripada kecederaan dengan menjaringkan satu gol ketika Manchester United menewaskan Nottingham Forest 2-0 awal pagi tadi, sekali gus layak ke final Piala Liga Inggeris (EFL) di Wembley hujung bulan ini.

Piala EFL: Sancho, Martial kembali perkuat Manchester United
Jadon Sancho dan Anthony Martial akan kembali memperkuatkan Manchester United menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Nottingham Forest, demikian disahkan Erik ten Hag.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Manchester United menandatangani Marcel Sabitzer secara pinjaman daripada Bayern Munich sehingga penghujung musim ini.

NBA: Kyrie Irving rasa tidak dihormati di Brooklyn
Kyrie Irving berasa tidak dihormati sepanjang tempohnya bersama Brooklyn Nets, kata pemain itu sebaik menyertai Dallas Mavericks.

Pelbagai kandungan Astro tingkatkan profil Liga Malaysia
Saya teruja dengan pengumuman Astro kembali sebagai penyiar rasmi untuk Liga Malaysia (Liga M) selama tiga tahun bermula 2023.

Zanetti dedah Inter pernah cuba lamar Messi selepas tinggalkan Barcelona
Lionel Messi pernah mengadakan perbincangan dengan Inter Milan untuk menyertai pasukan gergasi Itali itu selepas meninggalkan Barcelona, demikian didedahkan Javier Zanetti.

EPL: Rice lebih bagus daripada Casemiro, kata Trippier
Declan rice merupakan pemain yang lebih bagus berbanding Casemiro atau Thomas Partey, kata rakan sepasukannya dalam skuad England, Kieran Trippier.

Piala Dunia 2030: Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile bergabung bida jadi tuan rumah
Juara Piala Dunia 2022, Argentina, mengesahkan bahawa mereka akan bergabung dengan Uruguay, Paraguay dan Chile bagi melancarkan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

Serie A: Vlahovic bawa Juventus kembali ke landasan kemenangan atasi Salernitana
Juventus kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Serie A apabila Dusan Tadic menghasilkan dua gol dan satu bantuan jaringan untuk mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Salernitana awal pagi tadi.

Piala Dunia Kelab: Dua gol Salem Al Dawsari bawa Al Hilal ke final kali pertama
Salem Al Dawsari menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk Al Hilal menewaskan 10 pemain Flamengo 3-2, sekali gus mara ke final Piala Dunia Kelab buat kali pertama awal pagi tadi.

LHM: TNB pertaruh kudrat tempatan jumpa THT
Ketua pasukan TNB, Syed Syafiq Syed Cholan, percaya skuad Terengganu Hockey Team (THT) menjadi pasukan yang harus dikalahkan menjelang cabaran pertama Liga Hoki Kebangsaan (LHM) iaitu penentuan trofi Piala Sumbangsih 2023.

Tiada keperluan stadium baru -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'Gajah Putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baru.

MFL komited pastikan kelancaran Liga-M
Dengan 17 hari menjengah sepak mula Liga Malaysia (Liga-M), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjelaskan langkah proaktif telah pun diambil untuk penganjuran tahun ini.