Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata rancangannya adalah untuk membiarkan Sepanyol menguasai bola selepas pasukannya menang penentuan penalti yang penuh dramatik dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Qatar.
Kemenangan membawa pasukan Afrika itu ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah mereka, mengatasi prestasi mereka pada 1986, apabila mereka mara ke pusingan 16 terakhir.
Maghribi menang 3-0 menerusi sepakan penalti berikutan keputusan seri 0-0 selepas masa tambahan di Stadium Education City di Qatar.
Sepanyol mendominasi penguasaan bola semasa perlawanan tetapi pertahanan kukuh Maghribi menghalang dan mengehadkan peluang buat La Roja.
"Kami telah bersetuju memilih untuk bertahan -- bukan kerana takut," kata Regragui. “Kami cukup merendah diri untuk mengatakan bahawa kami belum lagi setaraf Perancis, Jerman atau England, untuk bersaing dengan mereka daripada segi penguasaan bola.
“Tiada siapa yang berjaya mencuri bola daripada mereka, jadi saya menerima Maghribi tidak menguasai bola. Saya bukan ahli silap mata.”
Regragui berkata pasukan itu berusaha selama empat hari mendapatkan pelan permainan mereka untuk mengurangkan impak trio tengah Sergio Busquets, Pedri dan Gavi.
"Setelah menutup begitu banyak garisan hantaran selama 120 minit, kami tahu kami akan mempunyai peluang -- kami mempunyai dua, tiga, empat percubaan," katanya.
“Kami tidak tahu bagaimana untuk menghukum mereka. Kami telah berusaha, kami mendapat penalti, dan kemudian bonus buat pasukan.
“Tetapi apabila anda mempunyai penjaga gol (hebat), anda tahu anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya.”
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, menafikan Carlos Soler dan Sergio Busquets dari sepakan penalti, manakala percubaan Pablo Sarabia terkena tiang ketika Sepanyol gagal menjaringkan sebarang daripada tiga penalti mereka.
Achraf Hakimi, yang dilahirkan di Madrid, melakukan sepakan penalti Panenka yang memenangi penentuan sepakan untuk Maghribi, meneruskan perjalanan cukup indah mereka di Qatar.
Pasukan Afrika Utara itu mengungguli kumpulan mereka, menewaskan Belgium dan Kanada, manakala seri dengan Croatia.
Mereka hanya melepaskan satu gol dalam empat perlawanan mereka.
Ammar Hakim
Wed Dec 07 2022


Piala Dunia Qatar: Sergio Busquets umum persaraan di pentas antarabangsa
Pencipta penampilan ketiga tertinggi Sepanyol, Sergio Busquets, telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa.

Piala Dunia Qatar: Luis de la Fuente individu paling tepat latih Sepanyol
Luis de la Fuente yakin tiada jurulatih yang lebih baik untuk mengendalikan Sepanyol selain dirinya apabila bercakap buat kali pertama sejak diumumkan sebagai pengganti Luis Enrique.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol segera mulakan penstrukturan semula pasukan
Sepanyol terus mengubah barisan kejurulatihannya dengan yang terbaru, Albert Luque dupilih sebagai pengganti Jose Molina selaku pengarah sukan.

Piala Dunia Qatar: Luis Enrique mohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tinggalkan pasukan
Luis Enrique memohon maaf kepada penyokong Sepanyol selepas tersingkir daripada Piala Dunia Qatar 2022, yang turut menyaksikan dia kehilangan jawatannya.

Piala Dunia Qatar: Sepanyol tidak lanjut kontrak Luis Enrique
Luis Enrique meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Sepanyol berikutan kekalahan mengejut pasukannya dalam pusingan 16 Piala Dunia kepada Maghribi, demikian menurut Persekutuan Bola Sepak Diraja (RFEF).

Piala Dunia Qatar: Sepanyol perlu sesuaikan diri selepas kekalahan mengejutkan
Michel Salgado percaya pasukan muda Sepanyol bimbingan Luis Enrique perlu menyesuaikan diri selepas tersingkir secara mengejut daripada Piala Dunia Qatar 2022.

Piala Dunia Qatar: Regragui akui pelan Maghribi benarkan Sepanyol kawal permainan
Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata rancangannya adalah untuk membiarkan Sepanyol menguasai bola selepas pasukannya menang penentuan penalti yang penuh dramatik dalam perlawanan pusingan 16 Piala Dunia Qatar.

Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Sepanyol dalam penentuan penalti
Maghribi meneruskan sensasi dalam Piala Dunia Qatar 2020 apabila menyingkirkan Sepanyol menerusi kemenangan 3-0 dalam penentuan sepakan penalti aksi pusingan 16 di Stadium Education City sebentar tadi.

Piala Dunia Qatar: Maghribi perlu tampil aksi terbaik jika mahu atasi Sepanyol -- Bounou
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, berkata Sepanyol akan memaksa pasukannya untuk meningkatkan tahap mereka selepas mereka mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia buat kali kedua.

Piala Dunia Qatar: Kalau tahu saya mungkin sudah kena serangan jantung, kata Luis Enrique
Luis Enrique boleh mendapat serangan jantung sekiranya dia tahu Sepanyol akan tersingkir daripada Piala Dunia di Qatar dalam pertembungan dramatik hujung perlawanan Kumpulan E, awal pagi tadi.

NBA: Kyrie Irving rasa tidak dihormati di Brooklyn
Kyrie Irving berasa tidak dihormati sepanjang tempohnya bersama Brooklyn Nets, kata pemain itu sebaik menyertai Dallas Mavericks.

Pelbagai kandungan Astro tingkatkan profil Liga Malaysia
Saya teruja dengan pengumuman Astro kembali sebagai penyiar rasmi untuk Liga Malaysia (Liga M) selama tiga tahun bermula 2023.

Zanetti dedah Inter pernah cuba lamar Messi selepas tinggalkan Barcelona
Lionel Messi pernah mengadakan perbincangan dengan Inter Milan untuk menyertai pasukan gergasi Itali itu selepas meninggalkan Barcelona, demikian didedahkan Javier Zanetti.

EPL: Rice lebih bagus daripada Casemiro, kata Trippier
Declan rice merupakan pemain yang lebih bagus berbanding Casemiro atau Thomas Partey, kata rakan sepasukannya dalam skuad England, Kieran Trippier.

Piala Dunia 2030: Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile bergabung bida jadi tuan rumah
Juara Piala Dunia 2022, Argentina, mengesahkan bahawa mereka akan bergabung dengan Uruguay, Paraguay dan Chile bagi melancarkan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.

Serie A: Vlahovic bawa Juventus kembali ke landasan kemenangan atasi Salernitana
Juventus kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Serie A apabila Dusan Tadic menghasilkan dua gol dan satu bantuan jaringan untuk mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Salernitana awal pagi tadi.

Piala Dunia Kelab: Dua gol Salem Al Dawsari bawa Al Hilal ke final kali pertama
Salem Al Dawsari menjaringkan dua gol sepakan penalti untuk Al Hilal menewaskan 10 pemain Flamengo 3-2, sekali gus mara ke final Piala Dunia Kelab buat kali pertama awal pagi tadi.

LHM: TNB pertaruh kudrat tempatan jumpa THT
Ketua pasukan TNB, Syed Syafiq Syed Cholan, percaya skuad Terengganu Hockey Team (THT) menjadi pasukan yang harus dikalahkan menjelang cabaran pertama Liga Hoki Kebangsaan (LHM) iaitu penentuan trofi Piala Sumbangsih 2023.

Tiada keperluan stadium baru -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, tampak enggan menjadikan infrastruktur sukan negara sebagai projek 'Gajah Putih' apabila mengakui tidak berminat dengan cadangan membina stadium baru.

MFL komited pastikan kelancaran Liga-M
Dengan 17 hari menjengah sepak mula Liga Malaysia (Liga-M), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menjelaskan langkah proaktif telah pun diambil untuk penganjuran tahun ini.