Persatuan Muay Thai Malaysia yakin dan memberikan jaminan bahawa segala persiapan daripada segi keselamatan yang disediakan di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia adalah lengkap.

Ini susulan kejadian mengejut yang melibatkan atlet amatur muaythai yang meninggal dunia dalam satu pertandingan yang dianjur di Kelantan, sekaligus meraih perhatian Persatuan Muay Thai Antarabangsa.

Setiausaha Agung Persatuan Muay Thai Malaysia, Dr John Mohd Abd Rahim, berkata, "Kami menyediakan alat keselamatan yang bertaraf antarabangsa bagi setiap atlet yang bakal beraksi di gelanggang.

"Kami juga menyedia pihak perubatan yang lengkap sebagai langkah persediaan untuk mengendalikan atlet yang bertanding.

Menjelang saingan separuh akhir esok, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar dan Muhammad Mikail Ghazali turut berkongsi persiapan mereka.

Johan akan menentang wakil Poland, Antoni Wieczkowski, manakala Mikail bakal bertemu Zachary Zelinsky dari Amerika Syarikat.