Muzaffar Musa
Fri Aug 05 2022

Malaysia memastikan akan ada kilauan pingat dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel selepas pasukan Dota 2 wanita negara layak ke pusingan grand final di Birmingham hari ini.
Pasukan itu, yang terdiri daripada barisan pemain Grills Gaming, iaitu Stephanie "Auroraa" Lim Yuen Lii, Nadrah "Nada" Saufi, Wong "HG" Wei Sian, Bette "iStarx" Chia Hooi Ping dan Tan "Shizuma" Lyn Xhin, mnenewaskan Singapura 2-0 dalam separuh akhir untuk layak membuat perhitungan akhir dengan England esok.
Malaysia kini merupakan pasukan pilihan untuk memenangi gelaran itu selepas melakar rekod bersih lima kemenangan setakat ini, termasuk ke atas tuan rumah.
Dianjurkan oleh Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) dan Persekutuan E-Sukan Global untuk dijalankan serentak dengan Sukan Komanwel Birmingham 2022, kejohanan berkenaan turut menampilkan permainan eFootball dan Rocket League.
Selain Grill Gaming, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) turut menghantar pasukan Atlantis untuk bertanding dalam Dota 2 kategori terbuka.

Kejohanan E-Sukan Komanwel: Skuad Dota 2 wanita negara ke grand final
Malaysia memastikan akan ada kilauan pingat dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel selepas pasukan Dota 2 wanita negara layak ke pusingan grand final di Birmingham hari ini.

Di Maria, Vlahovic pacu kemenangan Juventus ke atas Sassuolo
Dusan Vlahovic menjaringkan gol berganda untuk membantu Juventus meraih kemenangan 3-0 ke atas Sassuolo dalam perlawanan pembukaan Serie A mereka musim ini awal pagi tadi.

Diaz muncul penyelamat Liverpool ikat Crystal Palace
Satu malam yang berbeza buat dua pemain Liverpool dari Amerika Selatan apabila Darwin Nunez dilayangkan kad merah dalam penampilan pertamanya di laman sendiri manakala Luis Diaz pula menjaringkan gol gemilang untuk mengikat Crystal Palace 1-1 awal pagi tadi.

United menakutkan tapi bukan buat lawan
Namanya kini terpahat selaku pengurus pertama Manchester United yang tewas dua perlawanan pertama berturut-turut dalam satu abad, sehinggakan pasukannya berada di tangga tercorot liga.

Nidzam tekad buru kemenangan ke atas Terengganu FC
'Dia bukan kawan baik saya', itu seloroh jurulatih interim Selangor FC, Nidzam Jamil terhadap pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain, apabila kedua-dua pasukan bertembung untuk aksi Liga Super Rabu ini.

Ski Air Asia: Aaliyah Yoong peroleh empat pingat emas
Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah, yang berjaya mempertahankan gelarannya dengan menyapu bersih empat pingat emas di Kejohanan Ski Air Asia di Korea Selatan.

Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia: Pihak penganjur beri jaminan keselamatan peserta
Persatuan Muay Thai Malaysia yakin dan memberikan jaminan bahawa segala persiapan daripada segi keselamatan yang disediakan di Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia adalah lengkap.

ISG: Skuad recurve negara langkah kanan
Skuad memanah recurve negara memulakan saingan kalah mati dengan langkah kanan menerusi kemenangan buat ketiga-tiga wakil perseorangan lelaki saingan Sukan Solidariti Islam (ISG), hari ini.

Piala Tun Ali: Kuala Lumpur peroleh kemenangan pertama
Kuala Lumpur mempamerkan taring di hari pertama cabaran Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali selepas merekodkan kemenangan sebentar tadi.

OCA tekad bangunkan sukan terjun di rantau Asia Tenggara
Skuad terjun negara berdepan cabaran untuk mempertahankan dominasi rantau ini apabila Persekutuan Sukan Asia serius membangunkan bakat muda Asia Tenggara.

ISG: Skuad gimrama negara peroleh pengajaran berguna di Konya
Barisan muda skuad gimrama negara memperoleh pengajaran berguna di Konya,Turkiye selepas kesalahan di awal persembahan aparatus gelung, riben dan bola, sekaligus menyaksikan mereka terlepas pingat gangsa dalam saingan Sukan Solidariti Islam (ISG).